DEFINISI
Modal insan bermaksud:
- Mempunyai sahsiah yang terpuji.
- Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip.
- Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaundan adab dan akhlak terpuji.
Pendidikan bermaksud:
- Pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik.
- Pendidikan diertikan sebagai didikan , latihan dan ajaran .
- Usaha sistematik yang disengajakan , yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan , nilai , sikap dan kemahiran kepada ahlinya , usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia .
KENAPA KITA PERLUKAN PENDIDIKAN?
- Pendidikan membolehkan kita memahami tabii alam.
- Pendidikan kualiti hidup kita.
- Pendidikan membangunkan insan bertatasusila, berakhlak, beradab, beretika.
- Pendidikan membangunkan negara.
- Pendidikan membangunkan tamadun.
- Pendidikan memastikan kejayaan dunia dan akhirat .
Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting
dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan
menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan
merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda,
jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan
bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.
PENDIDIKAN
Oleh itu,
bagi mencapai Wawasan Negara Maju menjelang 2020, maka peranan modal
insan perlulah diberikan penekanan dalam melahirkan rakyat yang mempunyai minda
kelas pertama. Ia perlulah digarap sebaik mungkin bagi mengatasi pelbagai masalah
seperti pengangguran, dilema pekerja asing dan pelbagai lagi yang bakal
timbul Hanya dengan ini matlamat serta segala visi negara dapat dicapai
dan kelangsungannya dapat dijamin supaya ianya boleh dipertingkatkan oleh
generasi yang akan datang.
Tegasnya,
pembangunan dan pengurusan modal insan adalah elemen penting dalam membentuk
pengurusan organisasi yang efisyen dan berkesan dalam konteks pengurusan Islam.
Matlamat pembangunan modal insan ini jika dihayati adalah selaras dengan
perjuangan misi Negara dalam konteks menghadapi cabaran keempat yang ditetapkan
dalam wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Dengan kata lain, untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral
dan beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian
dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN DALAM PERUTUSAN YAB DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (2006).
Pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana
Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita,
2006). Menurut Hasani (2006)
Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat
menghasilkan generasi muda Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat
membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan
Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah pendidikan Negara
memberikan gambaran yang jelas dalam membentuk individu yang ingin dihasilkan
melalui sistem pendidikan iaitu individu yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani.
Ini dapat merupakan tonggak utama dalam pendidikan negara:
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat,
dan Negara.
(Kementerian Pelajaran
Malaysia, 1993).
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah
Pendidikan Negara adalah dibangunkan berasaskan kepada pelbagai perkara
termasuk pembangunan insane, pembangunan Negara, keadaan rakyat yang berbilang
kaum serta agama kearah pemwujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya
saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi
dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan. Falsafah Pendidikan
Negara yang juga, diassakan kepada hasrat serta inspirasi Negara dan dinyatakan
secara bertulis adalah member penekanan kepada usaha melahirkan insan yang
berilmu dan berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan
diri dan member sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Ini adalah menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan.
Selain
itu, Falasafah Pendidikan Negara mengambil kira aspirasi proses pembangunan
bangsa dan Negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini
juga selaras dengan kehendak agama rasmi Negara dan pembangunan Negara Malaysia.
Falsafah Pendidikan Negara dibentuk berdasarkan syariah dan bukannya secular.
Dr. Mohd Nur Manuty, 1989
Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas
pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan
untukmembentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa
pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak.
Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan
Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas
Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997):
1.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang seragam.
2.Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi
3.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain
dipelihara.
RUMUSAN
Menjadi
pelajar cemerlang dalam aspek pendidikan adalah impian semua orang. Pendidikan adalah satu keperluan yang tidak boleh
diabaikan . Perlu diingatkan , Modal insan merupakan individu yang tidak
bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia
yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi. Juga
beretika, berbudi pekerti, bersopan santun,mempunyai
keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi,
kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya saing.Modal
insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap individu
perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala
tuju negara, bangsa dan agama. Maka ,
dalam pendidikan , modal insan amat penting untuk cemerlang dalam pendidikan. Oleh demikian , banyak cadangan yang boleh dilakukan , antaranya ialah :
- Mengadakan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa dan pelajar.
- Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguaasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
- Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:
-pemantapan kurikulum
-pemantapan program kokurikulum
-pemantapan program sukan
-pembudayaan adad dan budi bahasa
-pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan
dan Keselamatan)
-pengkuhan displin pelajar.
- Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar.
PAUTAN
CARTA MATLAMAT PENDIDIKAN.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
CARTA PENDIDIKAN
BUKU PENDIDIKAN BERPERSPEKTIF GLOBALISASI
CARTA PENDIDIKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
BUKU MEMBINA PELAJAR CEMERLANG
RUJUKAN
Melayari Internet :
- “Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan” http://zahirzainudin.blogspot.com/
Rujukan Buku :
- Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
- Fadillah Mansor (2007), “Pembangunan Modal Insan”, VISI. Bil. 74, Februari 2007, h. 13
- Kamus Dewan Edisi Ke-empat .
Journal :
- Pembangunan Modal Insan Dari Perspektif Pengurusan Islam . Oleh: Fadillah Mansor , Tengku Sarina Aini Tengku Kasim.