Assalamualaikum

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Blog ini merupakan satu ringkasan tentang Hubungkait Konsep Pembangunan Insan Dalam Sistem Pendidikan. Pelbagai perkara yang telah dibincangkan dimuat naik di dalam laman ini.
Selamat Membaca !

NAMA

1.NURFADZILLAH HANIM BINTI YUSRI SHAMSUL(08DPB14F1010)
2.NUR NADZIRAH BINTI MOHAMAD NAZRI(08DPB14F1066)
3.NUR SUHAIDA BINTI MAT HASSAN(08DPB14F1030)
4.NURUL NAZATULIANA BINTI ISMAIL(08DPB14F1020)
5.JAYASREE A/P THANGAVEERANAN(08DPB14F1032)

TAJUK : HUBUNGKAIT KONSEP PEMBANGUNAN INSAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN.
PROGRAM: DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN.
SESI : JUN 2014.
PENSYARAH : PUAN ZALYPAH BT HASSAN.





pengenalan

Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

Friday, 11 July 2014

HUBUNGKAIT KONSEP PEMBANGUNAN INSAN DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI

Modal insan bermaksud: 
  • Mempunyai sahsiah yang terpuji.
  • Menghayati sistem kepercayaan berfalsafah dan berprinsip.
  • Berintegriti: ada wawasan, perancangan yang rapi, keterampilan diri, pemantaundan adab dan akhlak terpuji.

Pendidikan bermaksud:
  • Pendidikan  bermaksud  perihal  atau  perbuatan  mendidik. 
  • Pendidikan  diertikan  sebagai  didikan  , latihan  dan  ajaran .
  • Usaha  sistematik  yang  disengajakan , yang  dibuat  oleh  sesuatu  masyarakat  untuk  menyampaikan  pengetahuan ,  nilai , sikap  dan  kemahiran  kepada  ahlinya  , usaha  memperkembangkan  potensi  individu  dan  perubahan  yang  berlaku  dalam  diri  manusia . 


KENAPA KITA PERLUKAN PENDIDIKAN?
  • Pendidikan membolehkan kita memahami tabii alam.
  • Pendidikan kualiti hidup kita.
  • Pendidikan membangunkan insan  bertatasusila, berakhlak, beradab, beretika.
  • Pendidikan membangunkan negara.
  • Pendidikan  membangunkan  tamadun.
  • Pendidikan  memastikan  kejayaan  dunia  dan  akhirat .

Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.

Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.


 
PENDIDIKAN

 Cabaran sebenar bagi pembangunan modal insan acuan negara kita  adalah untuk mengurangkan kadar penggangguran serta mampu mencapai tahap ekonomi guna tenaga penuh dan mampu bekerja ditahap sebenar bagi meningkatkan produktiviti. Bagi mencapai matlamat ini, negara perlulah menilai penemuan dan menambah nilai kepada semua aktiviti ekonomi negara. Usaha-usaha mencegah Aliran Keluar Golongan ,mengilap kepakaran yang ada dan meningkatkan pembinaan jati diri tenaga insan amat penting dalam melaksanakan semua program pembangunan. 

Oleh itu, bagi mencapai Wawasan Negara Maju menjelang  2020, maka peranan modal insan perlulah diberikan penekanan dalam melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama. Ia perlulah digarap sebaik mungkin bagi mengatasi pelbagai masalah seperti pengangguran, dilema pekerja asing dan pelbagai lagi yang bakal timbul  Hanya dengan ini matlamat serta segala visi negara dapat dicapai dan kelangsungannya dapat dijamin supaya ianya boleh dipertingkatkan oleh generasi yang akan datang. 

Tegasnya, pembangunan dan pengurusan modal insan adalah elemen penting dalam membentuk pengurusan organisasi yang efisyen dan berkesan dalam konteks pengurusan Islam. Matlamat pembangunan modal insan ini jika dihayati adalah selaras dengan perjuangan misi Negara dalam konteks menghadapi cabaran keempat yang ditetapkan dalam wawasan 2020 iaitu untuk  membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya  dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Dengan kata lain, untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan  beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi.


PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN DALAM PERUTUSAN YAB DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (2006).


 Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah (Marzita, 2006). Menurut Hasani (2006) Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin yang dapat menghasilkan generasi muda Malaysia berpontensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah pendidikan Negara memberikan gambaran yang jelas dalam membentuk individu yang ingin dihasilkan melalui sistem pendidikan iaitu individu yang seimbang dari segi intelektual, emosi, jasmani dan rohani. Ini dapat merupakan tonggak utama dalam pendidikan negara: 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara. 

 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993).



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Negara adalah dibangunkan berasaskan kepada pelbagai perkara termasuk pembangunan insane, pembangunan Negara, keadaan rakyat yang berbilang kaum serta agama kearah pemwujudan satu bangsa Malaysia yang maju, berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan intelek, rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada ketuhanan. Falsafah Pendidikan Negara yang juga, diassakan kepada hasrat serta inspirasi Negara dan dinyatakan secara bertulis adalah member penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang, dan harmonis yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan member sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini adalah menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan.
 Selain itu, Falasafah Pendidikan Negara mengambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan Negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga selaras dengan kehendak agama rasmi Negara dan pembangunan Negara Malaysia. Falsafah Pendidikan Negara dibentuk berdasarkan syariah dan bukannya secular.

“Berteraskan kepada diatas (Falsafah Pendidikan Negara), hala tuju dan matlamat pendidikan Negara Nampak semakin kukuh dari waktu sebelumnya. Gabung jalin antara rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan adalah menepati dengan Falsafah Pendidikan Islam.”

Dr. Mohd Nur Manuty, 1989


KEPENTINGAN MODAL INSAN DALAM PENDIDIKAN

Dasar Pendidikan Kebangsaan secara tidak rasminya bermula selepas pilihan raya 1955 setelah wujudnya manifesto oleh parti Perikatan untukmembentuk sistem pendidikan yang seragam dan bersepadu. Jawatankuasa pendidikan telah dibentuk pada tahun 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956 yang dikenali sebagai Penyata Razak. Tumpuan khas Tun Abdul Razak dan jawatankuasanya ialah (Asnarulkhadi Abu Samah, 1997):

1.Membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam.

2.Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

3.Memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara.



RUMUSAN

Menjadi pelajar cemerlang dalam aspek pendidikan adalah impian semua orang. Pendidikan  adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan . Perlu diingatkan , Modal insan merupakan individu yang tidak bersifat individualistik tetapi bersifat sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang berilmu, berkeyakinan, memiliki nilai murni dan moral yang tinggi. Juga beretika, berbudi pekerti, bersopan santun,mempunyai keluarga yang mantap berdisiplin, dinamik, berdaya tahan tinggi, berinovasi, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, cekal, berintegrasi dan berdaya saing.Modal insan ini penting untuk mewujudkan personaliti yang unggul dan setiap individu perlu mengamalkan setiap unsur-unsur dalam modal insan demi menentukan hala tuju negara, bangsa dan agama.  Maka , dalam pendidikan , modal insan amat penting untuk cemerlang dalam pendidikan. Oleh demikian , banyak  cadangan  yang  boleh  dilakukan , antaranya ialah :
  • Mengadakan lebih banyak pilihan kepada ibu bapa dan pelajar.
  •  Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguaasai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
  • Membentuk keterampilan dan keperibadian pelajar melalui:
                 -pemantapan kurikulum
                 -pemantapan program kokurikulum
                 -pemantapan program sukan
                 -pembudayaan adad dan budi bahasa
                 -pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan)
                 -pengkuhan displin pelajar.

  • Memantapkan dan memperbaharui sistem pentaksiran dan penilaian pelajar.
PAUTAN

CARTA MATLAMAT PENDIDIKAN.


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

CARTA PENDIDIKAN


BUKU PENDIDIKAN BERPERSPEKTIF GLOBALISASI


CARTA PENDIDIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN

BUKU MEMBINA PELAJAR CEMERLANG




RUJUKAN
Melayari Internet :
Rujukan Buku :
  • Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur.  Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd. 
  •  Fadillah Mansor (2007), “Pembangunan Modal Insan”, VISI. Bil. 74,  Februari 2007, h. 13
  • Kamus  Dewan  Edisi  Ke-empat .
Journal :
  • Pembangunan Modal Insan Dari Perspektif Pengurusan Islam . Oleh: Fadillah Mansor , Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. 
  •  

No comments:

Post a Comment